Monday, April 18, 2011

cinta sebelum kawin VS cinta selepas kawin

"Cinta itu cahaya sanubari.

Kurniaan Tuhan fitrah insani.

Dan di mana terciptanya cinta.

Di situ rindu bermula." (Mestica)

betul tak?? :) alright hari ni ni kita akan berbincang isu percintaan sebelum VS selepas berkahwin

Sebelum kita berbincang mengenai soal cinta sebelum berkahwin VS selepas berkahwin, izinkan, saya menarik perhatian adik2 sekalian kepada persoalan ini terlebih dahulu. Apakah itu cinta? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perasaan cinta ini?

Hmm..kalau "cinta" itu didefinasikan sebagai suatu perasaan sayang, kasih terhadap seseorang, maka..kelihatannya kita punya rasa cinta pada ramai orang termasuklah ibu bapa kita, guru2 kita, sahabat2 kita, kerna, kita menyayangi mereka semua.

Maka, apakah itu cinta? Sekiranya cinta itu boleh didefinikan sebagai satu perasaan yg menyebabkan kita mengambil berat terhadap seseorang itu, sentiasa teringat2, sentiasa bimbang akan keadaan dirinya, adakah itu cinta? Kalau benar begitu, kelihatannya, kita cinta pada ramai orang jugak termasuklah ibu-bapa kita, sahabat yg berjauhan, guru kita juga, hatta saudara sesama islam di palestin,

Aduh, maka apakah cinta itu sebenarnya? Adakah ia dimaksudkan dengan satu perasaan yg menyebabkan seseorang itu sanggup berkorban jiwa dan raga demi objek yg dicintainya, contohnya, Imam Husain sanggup berkorban diri menyelamatkan Islam mengharapkan cinta dan redha dari Ilahi. Kalau inilah definisi cinta, maka banyak yg kita cintai, pertama pastinya, Allah, diikuti dengan Nabi2, ahli keluarga Nabi, keluarga kita, ibu bapa, suami/isteri, anak2..

Entahlah, saya pun tak tahu ape sebenarnya erti cinta. Apa yang pasti cinta sejati, cinta yang tulus ikhlas, cinta yang tidak berlandaskan pada hawa nafsu semata, inilah cinta yang akan membawa kebahagian di dunia dan akhirat kalau kena pada caranya. Maka cinta yg sejati inilah yang kita ingin cari kerna ia akan membawa seseorang itu kepada bentuk kebahagian yg kekal abadi, lebih2 lagi sekiranya ia disertai dengan redha Ilahi :)

Kadang-kadang, kita tengok orang yang begitu indah paras rupanya, automatik kita terus tertarik dengannya, nah, adakah ini dikira "cinta sejati" yg ingin kita miliki itu? Asyik ter-kenang2 lah sampai tak boleh tidur malam, diulit mimpi yang indah gitu. Contohnya kalau kita ni peminat Siti Nurhaliza, (ni contoh jek), kepingin nak berjumpa dgn Cik Siti ni, sampai termimpi-mimpi :) Nah, adakah ini cinta sejati, kata orang melayu, cinta pada pandangan pertama? :)

Iya, adik2, sudah menjadi naluri manusia, sukakan keindahan, maka tidak peliklah, kita tertarik dgn seseorang tu kerana keindahan paras rupanya. Tetapi, harus diingat, bahawa "cinta" seperti ini tidak terjamin penghujungnya, dan selalunya perasaan ini tidak kekal, dan pergi begitu sahaja.

Baiklah, mari kita tinggalkan persoalan ini yek, dan mari kita fokus ke topik perbincangan kita hari ini iaitu, cinta sebelum kahwin VS cinta selepas kahwin.

Ada 3 pandangan:

Yang Pertama:

"Saya rasa cinta sebelum berkahwin itu tak reasonable, takde justifikasinya. Sebelum 2 orang itu berkahwin, mereka sepatutnya tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain, seharusnya pasangan yang belum berkahwin, mereka hanya perlu berbincang, supaya dapat mengenali antara satu sama lain, dan kalau tetiba cinta berputik, mereka seharusnya tidak mempedulikan perasaan ini dan just, kahwin"

"sekiranya perasaan cinta itu berputik secara pantas, maka perasaan ini akan hilang dengan pantasnya juga selepas berkahwin. Dan ini adalah sebab utama mengapa pasangan berkahwin yg saling mencintai pada awalnya, berakhir dengan perceraian yang menyedihkan.. Tetapi berbeza pula, dengan perasaan cinta selepas berkahwin, yg berputik secara perlahan-lahan kerana saling berkongsi, saling memahami, saling mengambil berat, tolong-menolong, hidup bersama-sama, perasaan cinta ini tidak akan pergi dengan cepat kerana, ianya tidak berputik secara cepat, kesimpulannya, cinta yang berputik secara perlahan-lahan selepas berkahwin itu lebih terjamin, kekal, dan teguh inshaallah lah"

* kalau kita kata cinta sebelum kahwin itu boleh mengukuhkan perkahwinan, maka mengapa banyak kali kita mendengar berita perceraian mereka yg telah berkahwin, walhal mereka saling mencintai sebelum menapak ke alam perkahwinan, ye tak? Diskusi yg menarik kann :)

Yang Kedua :

"Pandangan yang mengatakan cinta itu boleh dipupuk sebaik sahaja anda berkahwin mungkin benar hanya untuk generasi lama, tetapi seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali, "Anak kamu hidup di dalam zaman yang berbeza dengan zaman kamu, maka jangan memaksa mereka untuk mengikut cara kamu,

Setiap orang ada pandangan masing2x mengenai perhubungan dan perkahwinan, begitu juga dengan saya. I believe in love before I ask hand for marriage.Nothing's wrong with emotional love, for I believe it emotionally, adalah penting untuk mempunyai perasan cinta sebelum berkahwin.., kalau tidak…perkahwinan…pada saya..hanya membosankan."

Yang Ketiga:

"Pada saya, cinta itu adalah sesuatu yg utama, dan indah. Cinta boleh menyatukan dua jiwa yang berlainan bangsa, puak, kaum, negara dan sebagainya. Cinta itu sangat kuat sekali impaknya kerna ia boleh menyebabkan seseorang itu sanggup berkorban, sanggup membuang egonya, semata-mata kerana cinta. Cinta melahirkan seorang yg pemurah, pemaaf, penyayang, dan sebagainya. Maka ada apa dengan cinta :) (wah, macam drama lah pulak)

saya melihat perasaan cinta sebelum melangkah ke alam perkahwinan itu tidak ada salahnya, asalkan cinta yang berputik itu berlandaskan atau berputik atas dasar cinta kepada Si Pencipta, Allah SWT. Maksudnya, sekiranya kita melihat seseorang itu sebagai pasangan yang berpotensi membawa kita lebih dekat kepada Allah yg sememangnya destinasi akhir kita, dan kemudian mereka saling mencintai kerna mereka melihat masing2 punya sifat-sifat yang dikasihi Allah, seperti, sifat pemurah, baik hati, rendah diri dan sebagainya, maka..pastinya tidak ada masalah dalam hal ini. It is absolutely fine, kerna ini adalah cinta yang suci, bukan atas nafsu semata-mata. Sekiranya pasangan ini berkahwin, maka niat mereka tidak lain tidak bukan adalah kerana Allah, dan institusi perkahwinan itu hanya akan kukuh sekiranya asas perkahwinan itu ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam erti kata lain untuk mencapai redha Ilahi. Wah, alangkah indahnya sekiranya kita melihat satu pasangan yang saling berusaha, tolong-menolong, dalam merentasi lautan pengembaraan spiritual menuju Tuhan Yang Maha Satu, iaitu Allah. Makanya, tiada salahnya dengan perasaan cinta seperti ini. Sama ada ia berputik sebelum atau selepas perkahwinan, inshaallah kedua-duanya akan kekal bahagia, inshaallah

Baiklah, kita telah pun melihat ketiga-tiga pandangan di atas. Yg sorang ni kata, cinta sebelum kahwin tak patut ade, yg sorang lagi kate, tanpa cinta, perkahwinan akan menjadi sesuatu yg membosankan, dan yang lagi sorang ni kate, tak kisah same ade cinta tu berputik sebelum atau selepas kahwin, ape yg penting, cinta itu adalah berdasarkan cinta terhadap Allah, menarik kann :)

Tapi, mane satu lagi baik, cinta sebelum kahwin atau cinta selepas berkahwin? Katakanlah, perasaan cinta dalam kedua-dua keadaan ini, kedua-duanya adalah perasaan cinta yg berputik atas niat yang ikhlas , untuk mencapai redha Allah, bukan atas nafsu pandangan luaran semata. Maka mane yg lagi baik, cinta sebelum atau selepas kahwin?

Ya…apa yang saya nampak bezanya hanya satu. Iaitu cinta sebelum kahwin lebih banyak risikonya berbanding cinta selepas berkahwin. Ni orang2 yang ade pengalaman pasti faham benar dengan apa yang saya maksudkan. :)

Baiklah, antara risiko bercinta sebelum kahwin, yang pertama,

  1. Risiko di mana seseorang tu asyik teringatkan si dia, melebihi ingatan kepada Si Pencipta, harus diingat di sini, si dia tu masih bukan muhrim, jadi ade risiko Allah tidak meredhai sikap ini betul tak? Lainlah, kalau mereka sudah sah pasangan suami isteri, tak gitu?
  2. Yang kedua, risiko patah hati, selagi pasangan itu tidak berkahwin, maka pelbagai kemungkinan yg akan berlaku menyebabkan terhalangnya mereka dari berkahwin, antaranya, ibu-bapa tidak restu, ade yang masuk campur dalam hubungan ni, (tetibe ade orang ke-3), tetibe ade orang lain dah masuk meminang dulu, lah patah hati si pemuda ini, si gadis pula rasa serba salah nak tolak pinangan, entahlah dan bermacam-macam lagi

  1. Risiko berlakunya kelakuan yg mungkin akan menjerumuskan seseorang tu pada dosa, maklumlah manusia tu lemah, dan syaitan pulak, macam2 trick die boleh buat untuk menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam dosa…lainlah kalau orang tu dah berkahwin, syaitan terus menangis, sebab kali ni payah die nak goda seseorang tu,

  1. Kalau patah hati, pastu pulih takpe, ni terus fobia, lah terus taknak kahwin, membujang sehingga ke akhir hayat…ini sangat kritikal sekali..susah nak diubati ni, kata orang mencegah lebih baik dari merawat, betul tak :)

Ye..itulah die antara risiko-risikonya…terpulang kepada adik2 untuk menilai, apa yg pasti berhati-hatilah dalam memulakan sesuatu perhubungan, kita tidak mahu orang meletakkan harapan terlalu menggunung, dan tidak mahu juga menyebabkan orang lain terluka.. Tapi, bagaimana yek, ianya complicated, entahlah, doalah yg terbaik, mudah-mudahan perhubungan anda dan si dia diberkati dan diredhai Allah, wassalam!

"

Kasih Ilahi kasih sejati

Kasih duniawi tidak bererti

Takut terleka jika didekati

Ada baiknya mengundur diri

Kasih Ilahi cinta abadi

Tersemai indah di lubuk hati

Bercambah sudah jiwa yang murni

Untuk kembali menilai diri

Tidak terhitung rahmat Ilahi

Nikmatnya luas tidak terperi

Alangkah zalimnya diri ini

Andai leka menguasai hati

Biarlah rasa syukur bercambah kembali

Biarlah rasa takut menguasai diri

Asalkan cinta abadi tidak pergi

Meninggalkan hati tanpa pengganti

nota ini tidak ada kene-mengene antara yg hidup atau yg telah pergi

sumber rujukan : awan, entahlah, google, yahoo, fb, kot :)

No comments:

Post a Comment