Friday, July 15, 2011

Mengapa kita dijadikan???

Allah menjadikan kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini:

Khalifah di muka bumi

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Kalimah خليفة (khalifah) dari sudut bahasa ialah orang yang menggantikan perbuatan orang lain. Khalifah yang dimaksudkan di sini sama ada makna majazi (cakap pinjam) iaitu manjawat/menjalankan pekerjaan yang dikehendaki oleh yang digantikan, seperti wakil dan orang yang menerima wasiat, iaitu orang yang mengatur pekerjaan di bumi yang dikehendaki oleh yang diganti (Allah). Kalimah khalifah tidakk boleh diguna makna hakiki (makna sebenar) disini kerana mustahil kita boleh menganti perbuatan Allah.

Dengan itu, kita yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah pada segala hukum.

Kalimah khalifah boleh juga dipakai makna hakiki (makna sebenar) iaitu penganti makhluk yang sebelum manusia sekiranya sah muka bumi pernah di makmurkan oleh makhaluk yang dinamakn al-Hin (الحن) dan al-Bin (البن) kata setengah ulama nama puak itu al-Tam (الطم) dan al-Ram (الرم) .

No comments:

Post a Comment