Friday, August 20, 2010

waNiTa & RaMa2.....





Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasirama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akantersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakansekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap disitu, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap danpegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jarianda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi.Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-ramaibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turunsetiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruahtelah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-ramayang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telahpudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warnadan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulentatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksaberjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diridaripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yangmengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapapedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusibentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadisesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanitauntuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja,usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susahsebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalumudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikananda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak munculsendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usahjadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapidiri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkankebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hakanda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memeliharakehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja andatidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudahkehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dansentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudahterbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, iasentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu diaitu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernahtahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh,anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkanharga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai andadi sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapitidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usahterperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warnaanda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanitaangun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilaianda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki andatetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta ituterjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selamamana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbangbebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang......



No comments:

Post a Comment