jom sama2 kita menghayati setiap bait2 lagu nie..sbb setiap bait2 lagu nie,mempunyai makne yang tersendiri...
Ibu Mithali
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
Assalamualaikum semua..ntah kenapa hati ini terdetik untuk berkongsi cerita tentang IBU..mungkin sudah biasa mendengar cerita-cerita sedih berkenaan dengan perjuangan seorang insan yang mulia yang bergelar IBU..Ku titipkan cerita ini bukanlah untuk memainkan perasaan anda semua tapi untuk peringatan buat diriku juga pabila berjaya dan berumahtangga kelak..
Ok2..kita start cerita ya..kita selalu kita terngiang2 di telinga kita pesanan ibu..walau di mana jua kita berada..tapi kadang2 pesanan dan nasihat itu kita hanya buat endah x endah je..saya bersyukur kerana berasal dari keluarga yang sederhana..tidak la kaya sgt dan tidak la miskin sgt...cukup la sekadar utk hidupan seharian...
IBU,MAK.UMMI,MAMI,MAMA,MUM,...semuanya bawa maksud yang sama dan panggilan itu hanya terarah kepada insan yang mengandung dan melahirkan kita sahaja..ntah kenapa bila berbicara soal IBU ini hati terus menjadi sayu..sempat kah kita pulang ke kampung dengan melihat wajah ceria ibu yang masih bernyawa???atau.....erm...kita selalu menangis kerana benda lain..bila kita gagal,putus cinta kot..bergaduh,,dikeji orang dan macam2 lagilah..tapi pernah ker kita menangis kerana IBU kita????
Air mata yang berderai di pipi kita itu bukanlah menitis bila ibu dah tiada tapi air mata itu sebagai peringatan buat kita kepada kasih cintanya kita buat ibu..berdoalah untuk ibu ayah juga..kadang-kadang kita selalu utamakan..benda lain yang ingin kita miliki..kita berdoa pada tuhan..tapi ada atau tidak kita doakan kepada kedua ibu bapa kita??kwn2..xkan doa kepada mereka..bila mereka tiada nanti???
ok..bila kita berdoa..lepas berzikir..utamakan doa kepada ibu bapa dulu..contoh Ya Allah ya Rahman Ya Rahim..kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku..kau rahmatillah kehidupan mereka..kau cintailah mereka sebagaimana mereka mencintai aku..kau murahkan rezeki mereka..ya Allah kau jauhilah mreka dari sebarang malapetakamu..Ya Allah.. hambamu ini amat menyayangi permata yang xternilai harganya ini..andai dapat digantikan dengan nyawa biarlah kau Ambil nyawaku dahulu..ya KARIM..YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..ameen..terpulang pada kwn untuk berdoa kepada ibu bapa anda..setiap individu mempunyai doa mereka yang tersendiri...dan ayat itu atas luahan hati masing2..kemudian barulah kita bermohon kepada benda yang lain..
ok..bila kita berdoa..lepas berzikir..utamakan doa kepada ibu bapa dulu..contoh Ya Allah ya Rahman Ya Rahim..kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku..kau rahmatillah kehidupan mereka..kau cintailah mereka sebagaimana mereka mencintai aku..kau murahkan rezeki mereka..ya Allah kau jauhilah mreka dari sebarang malapetakamu..Ya Allah.. hambamu ini amat menyayangi permata yang xternilai harganya ini..andai dapat digantikan dengan nyawa biarlah kau Ambil nyawaku dahulu..ya KARIM..YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..ameen..terpulang pada kwn untuk berdoa kepada ibu bapa anda..setiap individu mempunyai doa mereka yang tersendiri...dan ayat itu atas luahan hati masing2..kemudian barulah kita bermohon kepada benda yang lain..
Adakah kita tak terfikir yang ibu kita di kampung sentiasa berdoa kepada kita????ibu memang selalu berdoa untuk kita..dan setiap kata-kata mereka itu pun sudah menjadi doa..IBU ini jangan sekali-kali dilawan....suka ke kalau airmata ibu yang jatuh bukan kerana kejayaan kita tetapi kerana kekecewaan ibu atas sifat kita..kalau setiap kali hendak melakukan perkara yang baik jangan lupa minta doa ibu ya...pernah tak kita rasa bila kita telefon ibu untuk mendoakan kejayaan kita..suara ibu seakan2 sayu..hening je dia menjengah ke telinga kita..kita tanya dia sakit ke..ibu jawab tak..kita tanya dia ada masalah ker ibu jawab tak..semua ibu simpan di dalam hatinya untu menjaga hati kita..kadang-kadang dalam telefon kita meninggikan suara dengan ibu..sahabat andainya masa itu Allah mencabut nyawanya semasa berbual dengan kita?saya..nie seorang yang tidak suka menangis...tapi bila bercerita soal ibu nie...mulala..air mata yang berderai..huhuhu..pernah tak tiba-tiba kita telefon ibu kita cakap..IBU TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAHIRKAN SAYA DAN TERIMA KASIH KERANA MEMBESARKAN SAYA..IBU AMPUNI DOSA SAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT YER..sejuk hati kita bila ibu jawab yer..nak..ibu ampunkan semua dosa kamu..erm..kita nie time raya jer nak minta ampun..salah tu sahabat..sucinya insan yang bernama ibu ni tiada tandingannya...ya kita mengatakan lelaki hebat...tetapi NABI Allah sendiri pun lahir dari rahim seorang wanita yang bergelar IBU..
Pesanan terakhir dari seorang ibu sebelum menemui tuhan semesta alam..ALLAHU AKBAR!!