Friday, July 15, 2011

Ke Mana Kita Akan Pergi??

Mengapa manusia wujud di dunia ini ? Untuk apa ? Apa tujuan manusia hidup di dunia ini ? Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini ? Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening – pening memikirkan pertanyaan di atas kerana menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

Manusia umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya atau tidak dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang – kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap. Mengapa ? Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak. Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir. Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu memasuki ruangan yang gelap.

Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan. Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati. Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian. Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya. Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya ketidaktahuannya itu.

Ada pula orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang. Mengapa tidak tenang ? Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal. Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Allah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.

“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya. Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain. Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.

Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya. Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu. Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat. Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari. Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah

Penutup

Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.

“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)



Siapakah kita??

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah kalbu (hati)."

*diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Topik kita hari ni ialah pasal hati. Dari keterangan hadis di atas, dapatlah kita faham sedikit sebanyak bahawa hati memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Terutama bagi kita yang menganggap diri sebagai seorang muslim.. Kalau nak cerita pendek, senang cerita hati ni macam raja. Anggota badan kita yang lain ni ibarat rakyat jelata yang ikut sahaja cakap raja dan sangat patuh kepada perintah raja. Itu yang kalau hati kita kata hari ni kita pergi kelas, maka ke kelas lah kita.. Kalau hati tu kata hari ni kita ponteng dan lepak dalam bilik, maka bakal melepaklah kita dalam bilik selama mana kita berhajat dalam hati untuk ponteng..

Hati ini juga selain daripada bergelar raja, ia juga panggil "hakikat keakuan". Aku ini dan aku itu. Aku pergi ke sana, aku datang ke sini, bilik tu aku punya, awek tu awek aku, buku tu aku punya.. semuanya aku, aku, dan aku.. "Aku" itulah yang sebenarnya hakikat insan yang kerana ia ganti nama bagi ruh atau hati dan dia ni kira mcm Tok Dalang dalam wayang kulit. Badan ni ibarat patung yang digerakkan oleh ruh. Apabila ruh bercerai dari tubuh kasar nescaya tubuh badan tu jadi ibarat tunggul kayu yang menanti hancur reput.

Ruh ni datang dari alam ghaib. Semua orang tau pasal ni. Dan ruh ini lah yang akan kembali ke alam ghaib jugak. Mcm badan kitalah, asal dari tanah, bila dah "tamat tempoh", maka badan atau jasad ni dikembalikan semula kepada tanah. Sbb tu bila kita dah meninggal dunia, kita kena tanam. So, berbalik kepada cerita pasal ruh ni, ruh ini wujud sebelum alam kasar ini wujud. Ia ditumpangkan ke alam dunia tempat sementara ini kerana ada tujuan untuk menerima ujian.

Maka, adalah amat penting bagi kita untuk mengenal siapa diri kita yang sebenarnya.. Dan dari situlah kita dapat memperbaiki amalan dan gaya hidup kita.

Mengapa kita dijadikan???

Allah menjadikan kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini:

Khalifah di muka bumi

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Kalimah خليفة (khalifah) dari sudut bahasa ialah orang yang menggantikan perbuatan orang lain. Khalifah yang dimaksudkan di sini sama ada makna majazi (cakap pinjam) iaitu manjawat/menjalankan pekerjaan yang dikehendaki oleh yang digantikan, seperti wakil dan orang yang menerima wasiat, iaitu orang yang mengatur pekerjaan di bumi yang dikehendaki oleh yang diganti (Allah). Kalimah khalifah tidakk boleh diguna makna hakiki (makna sebenar) disini kerana mustahil kita boleh menganti perbuatan Allah.

Dengan itu, kita yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah pada segala hukum.

Kalimah khalifah boleh juga dipakai makna hakiki (makna sebenar) iaitu penganti makhluk yang sebelum manusia sekiranya sah muka bumi pernah di makmurkan oleh makhaluk yang dinamakn al-Hin (الحن) dan al-Bin (البن) kata setengah ulama nama puak itu al-Tam (الطم) dan al-Ram (الرم) .